Kepada Semua Vendor UPM,
Sebut Harga (Quotation) yang di serah kan kepada Pusat Tanggung Jawab (PTJ)UPM, hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
1. Logo Syarikat
2. Alamat lengkap beserta nombor telefon untuk dihubungi
3. No. Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. No. Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika ada)
5. Tempoh sahlaku sebutharga
6. Tempoh penghantaran/ perkhidmatan boleh disempurnakan
7. Tandatangan dan cop syarikat (Mohon masukkan "Sebutharga ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan" sekiranya tiada tandatangan dan cap syarikat).
Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan UPM
14/1/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Semua Pelanggan Universiti Putra Malaysia, Untuk makluman tuan/puan, Pejabat Bursar sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kami dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan, Pejabat Bursar ingin menjalankan kajian kepuasan pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas semua untuk ruang tindakan pembetulan kepada proses kewangan sedia ada. Bersama ini dilampirkan pautan kepada kajian maklum balas pelanggan untuk tindakan tuan/puan. https://forms.gle/Vu46JZP4VaiY1UrQ9
Segala maklumbalas yang diberikan diucapkan terima kasih.
Tutup